Hari ini hari pada 39 thn yg lalu arwah mak menanggung sakit berjuang untuk melahirkan aku. Hari ini aku tiada mak untuk kupeluk dan ucapkan terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku. Hanya doa aku kirimkan pada arwah mak. In syaa Allah.... kasih sayang mak, semangat mak, ilmu dan ajaran mak akan aku jadikan pendorong hidup aku.
Rindu..... aku rindu MAK.
Mak adalah sahabat aku. Mak yang paling faham aku. Paling sabar dgn kerenah aku. Paling rapat dengan aku. Penasihat dan perungkai kekusutan aku. Sejak kehilangan mak aku cuba tabahkan hati, tabahkan perasaan supaya aku kuat, Tapi hari ini aku tewas.... aku lemah, aku menangis..... aku terlalu rindukan mak, rindukan ketawa mak, rindukan nasihat mak, rindukan masakan mak, rindu pelukan mak, rindu bau wangi mak... dan rindu segala-galanya tentang mak.
Ya Allah KAU ampunkanlah segala dosa-dosa mak. Tempatkanlah mak disamping orang2 yang disayangi oleh Mu.
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH yea...