Wednesday, January 16, 2013

Majlis Pernikahan dan Persandingan Zulaika & YM Raja Fazli

Bagi saya pasangan ini orangnya simple dan mudah berurusan. Semasa 'test mekap' saya agak risau x dapat memenuhi kehendak pasangan ini. Alhamdulillah selesai berbincang, kata sepakat dicapai. Suami saya MADI MEDIAKREATIF https://www.facebook.com/mediakreatif  sebagai Photogapher mereka. Terima kasih kepada kak Halimaton Rafflesia Beauty di Plaza Alam Sentral atas usahasama. Kalau anda nak cari baju untuk dinner atau majlis formal. Datanglah ke sana, harga yang sangat berpatutan dan design yg cantik2. Rafflesia Beauty selalu menyertai IFF (Islamic Festival Fashion


  • RAFFLESIA BEAUTY
  •  Lot 2 Ground Floor, 
  • Plaza Alam Sentral, 
  • Seksyen 14, 
  • 40000 Shah Alam
  • (belakang kedai DVD)



Natural & Soft Make Up. Permintaan oleh pengantin. Apa yang menarik, pengantin lelaki yang menerangkan konsep mekap yang dia mahukan untuk bakal isterinya semasa sesi "test make up" sebelum ini. Terima kasih Raja Fazli... sempat beliau berbisik kepada saya selesai Majlis Pernikahan mereka " Kak Farina, terima kasih kak. Cantik akak mekap isteri saya. Saya puas hati" Alhamdulillah.... 









Tuesday, January 15, 2013

KELAS MEKAP DI IPOH

JANUARY PROMO!!
Kelas mekap di Ipoh. 
Sijil diberi. 
Peralatan mekap untuk belajar disediakan. Tak perlu bawa brg mekap. 
"Free gift"

Tarikh: 26/01/13 (Sabtu).
Masa: 3.30pm - 7pm 
Lokasi: Manjoi (alamat akan diberi kpd yg berdaftar sahaja)
Yuran: RM100 ( harga istimewa ni khas untuk bulan Januari sahaja)

Deposit pendaftaran RM50. Baki akan dijelaskan semasa kelas. 

TERHAD kepada 10 org sahaja.

PM atau sms/call/whatsapp/LINE : 019-4750774

Make up / Mekap / Solek | ASTRO Ceria Superstar

Creadit to Ninie Glamz make up team. Rancangan tarian untuk kanak2 di bawah 14 tahun.  Pak Nil & Airiel sebagai host rancangan.





Kumpulan A&M

make up oleh FarinaBasnee

hair do for Grazy G

AJL 27 - make up untuk team KOIR Azlan & The Typwritter

Teruja untuk mekapkan AJL 27 (Anugerah Juara Lagu). Terima kasih kepada Norliha Bakar kerana memberi kepercayaan untuk join team beliau kali ni. Tumpang gembira bila Azlan & TT menang tempat kedua. Berbaloi rasa penat lelah mekapkan diaorg.


Testing kat muka anak dulu sblm hari AJL





Team Azlan & The Typewritter & Koir
Tahniah Menang AJL 27 tempat ke2


eam Koir & MUA2 yang terlibat

Saya & 2 org adik lawak ni hahaha.....

Sempat bergambar dengan Shila Amzah sblm balik

Make up / Mekap / Solek : Kyra & Team for UOB voice competition.

Mekap dinner kali ni adalah untuk Kyra & kawan-kawannya dari UOB Bank. Mereka Juara untuk pertandingan UOB voice malam tu. Tahniah Kyra & team.

Si cantik kyra - penyanyi utama. 
Tema mekap - Beauty Kyra 

Si comel Dira : penyanyi latar. 
Make up theme : Grease Lightning (50's)



Finalis UOB Voice

She's the winner.
Photog : Syed Mustaffa

Make up / Mekap / Solek : Dinner Nurses

Diberi tugasan untuk menyolek seramai 20 org Nurse. Sekali lagi team FarinaBasnee, Ninie Glamz & Julie Kamarudin beraksi. Sakit jugak la pinggang dibuatnya selepas selesai tugas. Tapi tugas tetap dilaksanakan. Alahmdulillah team yang kami mekap tu menang anugerah "Glamour Team" utk malam tu. Seronok betul diaorg. Tahniah yer dari kami MUA2 Glamour haha... :D. Antara yang saya mekap ::







Mekap / Make up , solekan untuk Dinner CELCOM

Alhamdulillah mendapat jemputan kali kedua dari client yg sama selepas saya & team mekapkan mereka tahun lepas. Client saya ni datang dari Kuching Sarawak. Tahun lepas mekap kan mereka tema Arabic. Tahun ni tema GYPSY. Best dengan mereka, semua sporting & beri kerjasama yang baik. Tahun depan ada rezeki & umur panjang jemputlah lagi ye :D.

Make up & hair do : FarinaBasnee


Make up & hair do : FarinaBasnee



From left : make up & hair do: Ninie Glamz
2nd from left : make up & hijab style : Julie Kamarudin


Thursday, January 10, 2013

Mekap / Make up , solekan untuk Fashion show di MINDEF : Mini Karnival Usahawan Muslim

Kali ni saya berpeluang sekali lagi menatarias / solek / mekap model2 muslimah yang cantik dari group HCM (Hijab Comunity Malaysia). Ada cerita disebalik mekap kali ni. Mekap HCM ni adalah pengubat hati yg lara bila tiba2 pengantin hari tu buat onar. Tapi biarlah ia menjadi pengalaman perit dalam kerjaya saya sebagai MUA. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki saya selepas ini. Saya redho dengan ketentuan Allah yang hari tu bukan rezeki saya untuk mekapkan pengantin tu.

Ok berbalik kepada mekap model HCM ni, dapat juga saya berkenalan dengan MUA2 lain yg terlibat. Sahabat2 saya Julie Kamarudin, Ninie Glamz mmg turut serta. Sara Hatta, kak Zila (Nurul's Makeover), Deera Izah adalah antara MUA yg terlibat. Terubat hati bila berjumpa mereka.

Jom tgk hasil sentuhan kreatif tangan2 MUA ni:

Model : Fiza
MUA : FarinaBasnee

Model : Fiza
MUA : FarinaBasnee


Me & my model Fiza


Ninie Glamz & model 1

Ninie Glamz & model 2


ni aksi MUA lepas mekap hahaha...



MUA kak Zila (Nurul's Makeover)

Berjumpa lagi dengan adik comel ni Sara Hata

Model, MUA & pemilik butik



-