Monday, December 31, 2012

Rindu pada mak

Hari ini hari pada 39 thn yg lalu arwah mak menanggung sakit berjuang untuk melahirkan aku. Hari ini aku tiada mak untuk kupeluk dan ucapkan terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku. Hanya doa aku kirimkan pada arwah mak. In syaa Allah.... kasih sayang mak, semangat mak, ilmu dan ajaran mak akan aku jadikan pendorong hidup aku.

Rindu..... aku rindu MAK.



Mak adalah sahabat aku. Mak yang paling faham aku. Paling sabar dgn kerenah aku. Paling rapat dengan aku. Penasihat dan perungkai kekusutan aku. Sejak kehilangan mak aku cuba tabahkan hati, tabahkan perasaan supaya aku kuat, Tapi hari ini aku tewas.... aku lemah, aku menangis.....  aku terlalu rindukan mak, rindukan ketawa mak, rindukan nasihat mak, rindukan masakan mak, rindu pelukan mak, rindu bau wangi mak... dan rindu segala-galanya tentang mak.

Ya Allah KAU ampunkanlah segala dosa-dosa mak. Tempatkanlah mak disamping orang2 yang disayangi oleh Mu.


Al Fatihah...

Tuesday, December 18, 2012

Mekap model Malady Couture

Sekali lagi berganding bahu dengan Mass Mohamad untuk mekapkan model beliau untuk  hijab keluaran terbaru. Semakin cantik & menarik design hijab dari Mass Mohamad ni.






Solek Tanjak bersama Haji Basnee

Assalammualaikum wbt.

Hari ni nak berkongsi cerita tentang ikatan tanjak dan samping. Tanjak / tengkolok / destar adalah maksud yang sama. Zaman moden sekarang ni mungkin ramai yang tak tahu setiap ikatan tanjak mempunyai nama yang unik dan ceritanya yang tersendiri. Sedih saya katakan kebanyakan butik pengantin ambil mudah perkara ni. Maaf.... memang bukan semua tapi kebanyakan yang menyediakan baju pengantin tidak menitik beratkan bentuk ikatan tanjak, janji ada.... mungkin mudah & murah di dapati. Yang membuatnya pulak bukan orang melayu..... asalkan lipat, pusing & kepak dah jadi tanjak. Sebenarnya ramai orang-orang lama yang pakar dengan ikatan tanjak ni. Tak salah rasanya keluar duit sedikit untuk dapatkan khidmat mereka dan belajar sedikit tentang sejarah & asal usulnya..... barulah jadi mak andam yang meletopsss, tahu serba serbi, kan untung tu. Yang penting  pengantin lelaki nampak lebih segak dan tampan.

Yang saya selalu perhatikan setiap kali saya tengok pengantin....

Pengantin perempuannya memang cantik betul. Disolek cantik, aksesori cantik, tudung cantik.... bak kata orang memang "perfecto". Tapi bila tengok pengantin lelaki..... muka berminyak2 berpeluh. Samping kembang macam pakai skirt, pucuk tanjak kat tengah dahi.... brooch/keronsang kat puncak tanjak.... hilang terus ketampanan pengantin lelaki.

Di mana silapnya?

1. Khidmat mak andam / jurumekap tak dibayar untuk mekap dan siapkan pengantin lelaki?

ATAU

2. Mak andam / jurumekap tak tahu cara nak ikat samping, tak tahu kedudukan tanjak yang betul atau kata lainnya "tak cukup ilmu di dada".... ahaks... teringat lak dialog Mamat Khalid dalam filem Hantu Kak Limah.

Saya tidaklah pandai, saya juga ada kekurangan & masih "tak cukup ilmu di dada". Apa yang saya tahu, saya cuma nak kongsikan bersama semoga ada menafaatnya.

SIAPA Haji Basnee?

ABAH kesayangan saya. Beliau merupakan seorang penggiat seni kebudayaan & warisan di Negeri Perak Darul Ridzuan. In syaa Allah saya akan buat biodata beliau nanti. Selagi hayat dikandung badan abah masih aktif meneruskan aktiviti budayanya. Sepanjang kerjaya sebagai pegawai kebudayaan dulu.... pelbagai negara abah dah pergi, dan pelbagai cerita yang abah selalu cerita pada saya tentang seni budaya mereka. Abah tak pernah jemu, tak pernah penat dan tak pernah letih sehingga sekarang. Sedikit sebanyak minat dan bakat saya datang dari Abah. Dari Abah jugalah minat saya sebagai jurumekap / jurusolek menebal. Dulu saya adalah penari kebudayaan Perak. Setiap kali persembahan kena mekap... jadi abah juga yang ajar macamana nak mekap. bermula dengan mekap kawan-kawan akhirnya..... "ehh..... aku dah jadi Jurumekap dah sekarang?..." hehehe. Semuanya bermula dari Abah. Saya SAYANG Abah saya sangat...sangat.... :-D

Meh kita tengok gambar tanjak-tanjak ni :

Kedudukan tanjak & brooch gambar 2 & 3 adalah SALAH.



Abah ku Haji Basnee


Belajar cara ikat tanjak


 Tanjak Sering- Tanjak yang dipakai oleh Putera Perak. 
Ikatan oleh Hj. Basnee








Thursday, December 6, 2012

Make up Pengantin Suhaida dan Khalis


Pengantin kali ini adalah pasangan dua sejoli Suhaida dan Khalis. Majlis di adakan di Cheras. Persiapan yang cukup rapi. Saya tertarik dengan dekorasi khemah yang sangat cantik (sorry x sempat ambil gambar). Saya mekapkan mereka untuk majlis sanding di Cheras dan Majlis sambut menantu di Tampin, N.Sembilan. 








Majlis sambut menantu di rumah Khalis Tampin, N.Sembilan

Monday, December 3, 2012

Make Up for Lydiawati - beauty product commercial shoot & new product launching

Alhamdulillah ..... sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh Puan Ziela untuk menatarias duta terbaru produk beliau iaitu kak Lydiawati, pelakon yang saya minati sejak kecil lagi. Saya suka tengok raut wajah ya yang jelita. Mmg rasa bersyukur kerana Allah memberi ruang kepada saya untuk berurusan dengan beliau. Terima kasih puan Ziela. 

Produk terbaru dari ZMasha kali ni memag hebat. Pertama kali saya guna saya terus jatuh cinta. Produk tempatan tetapi kualiti setanding produk berjenama import. Harga jauh sangat murah jika dibandingkan barangan import. 

Jom kita tengok hasil produk ni selepas saya mekapkan kak Lydia....


Harga promosi : RM99 untuk dua produk ini

i. Miracle Gold Shine
ii. Two way cake

Wajah Lydiawati berseri-seri selepas saya mekapkan dengan 2 produk ni.






Iklan di Harian Metro. Hasil mekap oleh saya.


Majlis Pelancaran dan Pengenalan Duta Produk. Saya diberi kepercayaan untuk membuat demo solekan menggunakan produk ZMasha.


Berbaju kunig adalah penyanyi Nas Adila yang menjadi host pada hari tersebut. Berbaju coklat Puan Ziela.


Hasil simple make over untuk diri sendiri. Hanya menggunakan dua produk di atas, lipstik & eye liner. Wajah nampak lebih berseri.



Thursday, November 22, 2012

Make Up Pengantin Tasya & Zaki

Make Up Pengantin Tasya & Zaki
Lokasi: Klang

Tarikh : 07/10/2012
Julung-julung kali saya dapat menatarias pengantin dalam busana tradisi Melayu sepenuhnya. Sangat terpesona melihat pasangan ni bersanding dengan majlis traditional Melayu lama. Pengantin lelaki diarak di atas tandu sambil diiringi paluan kompang, persembahan silat, perarakan naik ke pelamin dengan lagu2 gamelan terasa suasana zaman silam. Kalaulah tetamu sporting dtg dengan lengkap busana tradisi Melayu memang akan bertambah meriah. Tahniah kepada Tasya dan Zaki di atas majlis yang disusun rapi. Semoga kalian kekal bahagia dunia dan akhirat.
Amin....










Wednesday, November 21, 2012

1st Gathering Hijabers Malaysia

Tarikh: 03/11/2012
Lokasi : KL

Kali ni saya menghadiri event dari Group Hijabers Malaysia.. Just nak cari kawan dan luaskan lagi perkenalan dengan rakan-rakan group. Majlis yang happening & gawat dengan karenah gelak tawa. Memang enjoy. Yang hadir semuanya gegurl/wanita... hehe perasan la nak jadi gegurl kannnn.... Untuk majlis ni saya berganding bahu dengan 8 org MUA yang lain termasuklah Kak Ngah saya Julie Kamarudin. Masing2 mekapkan 3 org talents. Group saya  memperagakan koleksi busana muslimah dari Butik Farra. Ingat lagi tak dengan Farra yg pernah hit dengan lagu "BAGAIKAN PUTERI?". Shes's the owner. Berbesar hati dapat berkenalan dengan beliau. Jadi... jom kita layan gambar2 talent yg saya mekapkan::::



Ni saya... mekap sendiri ler. mekap 10 minit sbb dah kalut nak masuk majlis hahaha...

 Cik Zafira - kecoh mulut si Zafira ni masa dlm bilik mekap. Habis semua MUA diusiknya. Saya suka dengan cardigen dari butik Farra ni sgt cantik & selesa. Especially utk org saiz xl-xxxxl :-D

adik ni mai dari Penang.. 

 Sarrah - sweetie

yg pakai tudung purple tu Farra Bagaikan Puteri
boleh tengok koleksi Farra kat sini ::
 http://www.farra.biz/
https://www.facebook.com/farra.bagaikanputeri?fref=ts


Wednesday, October 17, 2012

Titipan kasih dan rindu buat MAK


Ibu...
Di kedinginan malam sunyi
Terkenang daku akan pemergianmu
Dibuai sejuta kenangan manis
Disiram segar...
Subur kasih penuh rindu
Mengiringi pemergianmu....

Ibu...
Sejuta keampunan kupinta darimu...
Buat penghapus dosa insan kerdil ini..
Buat menebus kekurangan melayani hayatmu
Buat melunas hutang jiwa...
Seorang anak terhadap ibu

Oh ibu...
Kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
Namun, izinkan aku bawa pulang kasih sayangmu...
Izinkan kubawa bersama semangat dan doamu
Izinkan aku pulang berbekal...
Keampunan dan redhamu ibu...

Doakanlah aku ibu
Agar bersemangat menyambung amal ibadahmu...
Berbekal akal, ilmu dan iman...
Yang engkau ajarkan dulu..

Ya Tuhan...
Ku titip jasad ibu untuk Dikau rahmati
Ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu...
Buat bekal hidup yang berbaki
Ku rayu keampunanMu segala dosanya Ya Rabbi...
Hidayahkan aku apa saja
Demi menebus dosa ibunda...
Biar nyawa, harta dan jiwa ini jadi galang gantinya..
Janganlah kau siksa dia wahai Tuhan..
Aku pohon, aku rayu pada Mu setulus jiwa
Rahmatilah, kasihanilah dia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil..

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku berpegang pada janji Mu...
Janji Rasul Mu..
Izinkan aku menyambung amal ibu..
Izinkan aku memenuhi tawaran janji Mu..
Demi ibuku..
Demi ibuku...
Demi ibuku...

Al-Fatihah untukmu ibu..
AL-FATIHAH!!!!

Sumber: Sajak Ibu

Safiah @ Hasnah binti Md Nor
dilahirkan pada 10.10.1947
kembali ke Rahmatullah pada 10.10.2012



Thursday, October 4, 2012

Make up Model for Online Hijab Boutique





sila klik sini untuk beli koleksi tudung terkini
 http://maladycouture.com/


Make up Bridal - Shida & Yamin
Location : Sri Gombak





Thursday, September 13, 2012



Majlis Pernikahan dan Persandingan Fiza di Seremban 
6&7 September 2012




Majlis Pernikahan di adakan di rumah pengantin dan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Alhamdulillah..... selamat bergelar suami dan isteri




 Majlis Persandingan diadakan di Dewan ( pekan Seremban)
 lupa nak tanya nama dewan :D


Memotong kek


Pengapit pengantin juga dimekap oleh saya.


 Ibu pengantin perempuan & adik pengantin perempuan juga 
mendapat sentuhan mekap dari saya. 


Saya amat berbesar hati dan berterima kasih di atas layanan mesra pengantin dan keluarga sepanjang saya berada di sana. Home stay yang selesa & makanan yang sedap2 semuanya. Terhibur melihat telatah2 saudara mara pengantin yang juga sangat mesra. Semoga keluarga ini dipelihara Allah selalu dan dikurniakan kebahagiaan Dunia dan Akhirat.
AMIN..




Tuesday, August 14, 2012

hand buoquet / Bunga tangan

Antara bunga pegang yang pernah dihasilkan :





Wednesday, July 11, 2012

My DIY eyeshadow pallete

Hari ni nak berkongsi "DIY eyeshadow pallete" saya. Saya guna bekas CD kosong & bekas bulu mata. Boleh tengok gambar2 dibawah ni.


Bekas bulu mata macam ni boleh diguna pakai. Jangan buang ye..


Mini pallete..

Bekas CD yang dijadikan casing... boleh guna double sided tape @ glue gun utk lekatkan eyeshadow ni.

colourfull

My DIY mini pallete.