Friday, January 27, 2012

Saya dan Dato' Jaafar Onn

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang pertemukan saya dengan Dato' Jaafar Onn @ lebih mesra dikenali Chef JO. Pada masa itu saya menjadi jurumekap di salah satu rancangan RTM. Pertama kali berjumpa saya agak segan & malu2. Tapi Chef JO banyak memberi tunjuk ajar & berkongsi cerita membuatkan saya & suami cepat mesra dengan beliau. Seorang yang istimewa.... itulah gambaran saya pada Chef JO. Seorang yang ramah, mesra, lucu, pemurah, penyayang dan adakalanya sedikit sensitif (terutama terhadap org2 yg dia sayang).


Dari semasa ke semasa beliau memberi kepercayaan kepada saya utk menatarias beliau walaupun sebenarnya beliau seorng yg pandai bersolek. Suami saya pula dilantik sebagai jurufoto peribadi. Dia tidak pernah lokek dgn rezeki yang diterima. Hasilnya akan dikongsi biarpun sedikit. Dianggapnya kami seperti anak sendiri, diberi teguran & panduan untuk kami lebih tabah & yakin dalam kemelut perangai manusia. Papa... kami sayang papa. (alamak touching la pulak.... ). Semoga keakraban ini tiada penghujungnya.


Photog: Madi Mediakreatif ( my husband )




Sempat lagi tu.... 

Hari pertama berjumpa papa,
rancangan masakan RTM.

Di Hotel Dorsett KL, persiapan demo masakan.

Juara Lagu TV3 ber Hari Raya 2011.
Di rumah orang-orang tua.


Bersama Maya di Dorsett Hotel







Papa JO dgn suami ku

Macam2 pose... hehehe

Bercuti ke Tanjung Piai, Johor. 
Bersama kak Aziah & anak-anak.

enjoy

Di Studio Kitchen Papa JO 
bersama bekas2 penari MAYA Studio.

Dia dia anak cucu JO.
Melaram koleksi cermin mata papa hehe...


No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH yea...